Friday, 29 April 2016

5500 Tiket Percuma Ke Legoland

Johor Bahru: Sempena sambutan ulang tahun ke-25, Harian Metro (HM) buat pertama kalinya berkolaborasi bersama taman tema LEGO® pertama di Asia, LEGOLAND® Malaysia Resort bagi menzahirkan penghargaan buat pembaca setia akhbar ini.

Sebanyak 5,500 tiket percuma bakal diberikan kepada pembaca setia bagi memberi peluang mereka menikmati keriangan di taman tema itu selain meraikan Temasya LEGO® Star Wars™ Days di LEGOLAND® Malaysia Resort di Iskandar Puteri, di sini.

Menerusi Kempen Penebusan Tiket HM-LEGOLAND 2016 itu, sebanyak 5,500 tiket percuma ditawarkan kepada 2,750 pembaca pertama yang hadir ke Lobi Anjung Liku, Balai Berita NSTP, Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur pada 5 Mei ini bermula 10 pagi hingga 4.30 petang.
Pembaca boleh hadir menebus tiket percuma dengan mengumpulkan 20 keratan kepala akhbar HM dan satu keratan iklan berkaitan kempen penebusan berkenaan bersama borang yang lengkap.

LEGOLAND turut memberi peluang kepada pembaca setia HM untuk mendapatkan 50 peratus potongan baucar bagi pembelian tiket dengan cara yang mudah iaitu membawa keratan iklan ‘LEGO® Star Wars™ Day’ yang tertera perkataan ‘50% Diskaun’.

Semua keratan iklan yang dikehendaki itu boleh didapatkan dalam akhbar HM dari 15 April hingga 5 Mei ini.

Setiap pembaca setia yang berusia 18 tahun ke atas boleh menebus dua keping tiket berjumlah RM450 yang sah digunakan bermula 5 Mei hingga 31 Mei ini.

Memandangkan LEGOLAND adalah destinasi pelancongan yang cukup ideal untuk seisi keluarga, tambahan pula bulan Mei adalah masa yang tepat buat pembaca setia HM berkongsi minat Star Wars™ dengan anak mereka, maka LEGOLAND menjangkakan temasya yang lebih besar.

Malah, ia bakal menjadi acara LEGO Star Wars™ yang terbesar di rantau Asia kerana membabitkan kolaborasi terbesar antara The LEGO® Group dan LEGOLAND® Malaysia Resort.

Selain itu, pembaca setia HM dapat menyertai pelbagai aktiviti lain antaranya membina replika LEGO Millennium Falcon™ yang terbesar di dunia dan antara kapal angkasa ikonik daripada filem terbabit diikuti pembinaan dua kapal ‘TIE Fighters’ pada 7 dan 8 Mei ini.

Pengunjung juga boleh menikmati perarakan ‘Imperial March’ secara langsung yang diketuai oleh tentera Stormtrooper dan Darth Vader™ sambil diiringi pelbagai watak daripada filem berkenaan termasuk lebih daripada 90 watak berkostum Star Wars™ dari 501st Legion yang turut mengambil bahagian.

Lin Dan Sedia Menanti Chong Wei

Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke perlawanan separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (ABC) selepas mengalahkan wakil Taiwan, Chou Tien Chen di suku akhir sebentar tadi.
Chong Wei yang sekarang ini menduduki ranking kedua dunia, mencatat kemenangan straight set 21-16, 21-18 di Wuhan, China.
Dia akan bertemu musuh tradisi yang juga wakil tuan rumah, Lin Dan di separuh akhir esok.
Sebelum itu, Lin Dan menumpaskan pemain Korea Selatan, Lee Dong Keun 21-15, 21-11.

Program Semarak Johor Tangkak Erat Perpaduan

Tangkak: Program Semarak Johor Tangkak 2016 boleh menjadi medan menjelaskan dasar dan polisi pembangunan negeri ini secara menyeluruh kepada rakyat.

Selain itu, ia boleh menjadi program terbaik dalam usaha merapatkan perpaduan kaum berdasarkan pelbagai aktiviti yang disediakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ilmu pengetahuan amat penting kerana dengannya ia dapat membantu seseorang dalam menentukan hala tuju kehidupan.
"Selain itu, melalui ilmu pengetahuan kita dapat membina peradaban.
"Pada masa sama, semua dasar kerajaan dan isu berkaitan pembangunan negeri ini perlu disampaikan kepada masyarakat supaya penduduk faham dan mengambil peluang untuk mendapatkan manfaatnya," katanya dalam teks ucapan sempena perasmian Program Semarak Johor Tangkak 2016 di Dataran Ledang di sini, hari ini.

Teks ucapannya dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Md Jais Sardaya.

Hadir sama Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Ahli Parlimen Ledang, Datuk Hamim Samuri; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Abd Razak Minhat; dan ADUN Bukit Gambir, Datuk M Asojan.

Program Semarak Johor Tangkak 2016 anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bertujuan mengeratkan perpaduan masyarakat majmuk negara ini.

Lebih 20 khemah disediakan membabitkan pelbagai jenis perniagaan termasuk aktiviti pada program selama tiga hari berakhir esok.

Live Streaming JDT vs Kedah Separuh Akhir Kedua Piala FA 2016

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima kunjungan Skuad Helang Merah, Kedah dalam perlawanan Separuh Akhir Kedua juga aksi timbal balik bagi saingan Superbest Power Piala FA 2016 yang dijadualkan untuk kedua-dua pasukan pada hari Sabtu, 30 April 2016 


Pertemuan pasukan JDT dan Kedah pada separuh akhir kedua Piala FA diibaratkan misi hidup mati kedua-dua pasukan, terutamanya bagi JDT yang memerlukan kelebihan defisit gol untuk layak ke final kejohanan berprestij Piala FA Atas kertas, aksi separuh akhir kedua memberi kelebihan kepada Kedah selepas berjaya mengikat kedudukan 2-1 pada aksi separuh akhir pertama 16 April lalu, namun ia belum memberi jaminan kepada mereka untuk melangkah bergaya kerana JDT ternyata amat sukar untuk rebah setiap kali beraksi di gelanggang sendiri 


Memperkemaskan bahagian pertahanan menjadi fokus utama pasukan Kedah bagi menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Piala FA ini serta mengharapkan jentera serangan berfungsi dengan sempurna selain meminimalkan kesilapan yang boleh mengundang padah 

Bagi pasukan JDT pula, mereka sudah tentu akan memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri yang “dikuasakan” dengan sorakan semangat puluhan ribu penyokong mereka untuk merealisasikan hasrat ke perlawanan akhir Piala FA 2016 

Keputusan Terkini JDT Vs Kedah 30.4.2016 Piala FA Malaysia Perlawanan di antara pasukan JDT lawan Kedah akan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunos, Larkin bermula jam 9.00 malam, Sabtu 

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan Separuh Akhir 2 Superbest Power Piala FA 2016 membabitkan JDT menentang Kedah yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh JDT 0 – 0 Kedah 9.00PM  JDT 1 – 2 Kedah ArgegatSemasa

 Live Streaming JDT Vs Kedah 30 April 2016 Piala FA Malaysia Aksi perlawanan di antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kedah turut disiarkan secara siaran langsung oleh penyiar rasmi Liga Super, Media Prima di TV3 seawal jam 8.30 malam bermula dengan siaran pra rancangan

 Berikut adalah pautan atau video Live Streaming yang disediakan untuk tontonan secara atas talian (online) perlawanan di antara JDT vs Kedah malam ini, 

sila klik pada mana-mana judul pautan berikut Live Streaming JDT Vs Kedah 30 April 2016 Separuh Akhir 2 Piala FA Siaran Langsung Online TV3 Kedah Vs JDT 30.4.2016 Piala FA Separuh Akhir 2

Puhat Yakin Perak Ke Final Piala FA 2016

Ipoh: Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan yakin pasukan negeri itu akan layak ke final Piala FA walaupun turun tanpa beberapa tonggak apabila membuat perhitungan menentang PKNS pada separuh akhir kedua di Stadium Perak, malam ini.

Pemain seperti Elias, Shahrul Saad, Nasir Basharuddin dan Vokhid Shodiev tiada dalam kesebelasan permulaan malam ini kerana penggantungan dan kecederaan.

Elias mengutip kad kuning kedua pada pertemuan pertama di Stadium Hang Jebat 16 April lalu menyebabkan penyerang dari Brazil itu terpaksa menjadi penonton malam ini.
Manakala Nasir, Shodiev dan Shahrul masing-masing masih belum pulih daripada kecederaan.
“Saya yakin siapa juga yang diturunkan bersedia untuk memberi persembahan terbaik mereka.
“Saya harap pemain memberikan persembahan berkualiti untuk mengusahakan kejayaan. Kami hanya selangkah saja lagi untuk menggapai impian mara ke final selepas begitu lama.

“Saya harap pemain tidak mensia-siakan kelebihan beraksi di tempat sendiri memandangkan kehadiran ramai penyokong untuk memberi sokongan berdasarkan jualan tiket yang hampir habis sehari sebelum perlawanan,” katanya.

Kedah Vs JDT : Lupakan Kelebihan Jaringan

Alor Setar: Memiliki ‘bekalan’ kelebihan jaringan bukan alasan buat pemain skuad Helang Merah untuk terus mengekalkan momentum kemenangan apabila beraksi menentang Johor Darul Ta’zim (DT) pada separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Ketua jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe berkata, anak buahnya diingatkan supaya melupakan kelebihan jaringan di Stadium Darul Aman pada saingan sebelum ini, tetapi perlu memberi tumpuan memburu kemenangan tambahan pula lawan beraksi di laman sendiri.

“Walaupun Kedah mempunyai ‘bekal’ 2-1 yang diperoleh sewaktu separuh akhir pertama pada 16 April lalu, pemain seharusnya meneruskan usaha mencipta kemenangan di tempat lawan dan mengelakkan sikap selesa dengan kelebihan jaringan.

“Kami sekadar memiliki kelebihan tipis yang tidak boleh dianggap selesa kerana suasana permainan di Larkin amat berbeza dari segi ketahanan mental dan tekanan yang perlu dihadapi pemain Kedah sekali gus menjadikan cabaran hebat,” katanya.
Kedah terpaksa menelan kepahitan pada aksi malam ini dengan penggantungan dua tonggak utama iaitu Liridon Krasniqi dan Amirul Hisyam Awang Kecik akibat menerima dua kad kuning pada perlawanan lalu sekali gus amat merisaukan penyokong Helang Merah yang amat mengharapkan sentuhan mereka.

“Ketiadaan mereka (Liridon dan Amirul Hisyam) yang mengemudi bahagian tengah memang dirasai dan meninggalkan kesan dalam perlawanan malam esok (ini).

“Tapi saya tetap yakin aksi pemain muda yang lain untuk menggalas tugas itu dengan berkesan seperti yang dirancang sebelum ini.” katanya.

Bocey Juara Maharaja lawak Mega 2016

Johor Bahru: Seperti dijangka kumpulan Bocey yang dianggotai oleh Achey, Abam dan Fad mengungguli persaingan dalam Maharaja Lawak Mega 2016 menewaskan tiga peserta lain pada pentas akhir, malam tadi.
Program tumpuan ramai ini disiarkan secara langsung dari Stadium Tertutup Perbadanan Pasir Gudang.
Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi.
Tempat kedua dimenangi kumpulan Joras dianggotai oleh Shuk, Rahim dan Joey yang membawa pulang RM250,000.
Tempat ketiga menjadi milik Puteh yang dianggotai oleh Mamak dan Ali. Mereka membawa pulang RM150,000, manakala tempat keempat dimenangi oleh LOL yang dianggotai oleh Tauke, Angah dan Ajak dan menerima RM50,000.
Hadiah disampaikan oleh pelawak veteran Wahid Satay manakala Datuk AC Mizal bertindak sebagai pengacara.
Barisan juri terdiri daripada Ziana Zain, Shaheizy Sam, Najip Ali dan Bunga Citra Lestari.
Format pemarkahan adalah 70 peratus daripada juri dan 30 peratus menerusi undian SMS penonton.