Tangkak: Program Semarak Johor Tangkak 2016 boleh menjadi medan menjelaskan dasar dan polisi pembangunan negeri ini secara menyeluruh kepada rakyat.
Selain itu, ia boleh menjadi program terbaik dalam usaha merapatkan perpaduan kaum berdasarkan pelbagai aktiviti yang disediakan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ilmu pengetahuan amat penting kerana dengannya ia dapat membantu seseorang dalam menentukan hala tuju kehidupan.
"Selain itu, melalui ilmu pengetahuan kita dapat membina peradaban.
"Pada masa sama, semua dasar kerajaan dan isu berkaitan pembangunan negeri ini perlu disampaikan kepada masyarakat supaya penduduk faham dan mengambil peluang untuk mendapatkan manfaatnya," katanya dalam teks ucapan sempena perasmian Program Semarak Johor Tangkak 2016 di Dataran Ledang di sini, hari ini.
Teks ucapannya dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Md Jais Sardaya.
Hadir sama Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Ahli Parlimen Ledang, Datuk Hamim Samuri; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Abd Razak Minhat; dan ADUN Bukit Gambir, Datuk M Asojan.
Program Semarak Johor Tangkak 2016 anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bertujuan mengeratkan perpaduan masyarakat majmuk negara ini.
Lebih 20 khemah disediakan membabitkan pelbagai jenis perniagaan termasuk aktiviti pada program selama tiga hari berakhir esok.
No comments:
Post a Comment