Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima kunjungan Skuad Helang Merah, Kedah dalam perlawanan Separuh Akhir Kedua juga aksi timbal balik bagi saingan Superbest Power Piala FA 2016 yang dijadualkan untuk kedua-dua pasukan pada hari Sabtu, 30 April 2016
Pertemuan pasukan JDT dan Kedah pada separuh akhir kedua Piala FA diibaratkan misi hidup mati kedua-dua pasukan, terutamanya bagi JDT yang memerlukan kelebihan defisit gol untuk layak ke final kejohanan berprestij Piala FA Atas kertas, aksi separuh akhir kedua memberi kelebihan kepada Kedah selepas berjaya mengikat kedudukan 2-1 pada aksi separuh akhir pertama 16 April lalu, namun ia belum memberi jaminan kepada mereka untuk melangkah bergaya kerana JDT ternyata amat sukar untuk rebah setiap kali beraksi di gelanggang sendiri
Memperkemaskan bahagian pertahanan menjadi fokus utama pasukan Kedah bagi menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Piala FA ini serta mengharapkan jentera serangan berfungsi dengan sempurna selain meminimalkan kesilapan yang boleh mengundang padah
Bagi pasukan JDT pula, mereka sudah tentu akan memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri yang “dikuasakan” dengan sorakan semangat puluhan ribu penyokong mereka untuk merealisasikan hasrat ke perlawanan akhir Piala FA 2016
Keputusan Terkini JDT Vs Kedah 30.4.2016 Piala FA Malaysia Perlawanan di antara pasukan JDT lawan Kedah akan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunos, Larkin bermula jam 9.00 malam, Sabtu
Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan Separuh Akhir 2 Superbest Power Piala FA 2016 membabitkan JDT menentang Kedah yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh JDT 0 – 0 Kedah 9.00PM JDT 1 – 2 Kedah ArgegatSemasa
Live Streaming JDT Vs Kedah 30 April 2016 Piala FA Malaysia Aksi perlawanan di antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kedah turut disiarkan secara siaran langsung oleh penyiar rasmi Liga Super, Media Prima di TV3 seawal jam 8.30 malam bermula dengan siaran pra rancangan
Berikut adalah pautan atau video Live Streaming yang disediakan untuk tontonan secara atas talian (online) perlawanan di antara JDT vs Kedah malam ini,
sila klik pada mana-mana judul pautan berikut Live Streaming JDT Vs Kedah 30 April 2016 Separuh Akhir 2 Piala FA Siaran Langsung Online TV3 Kedah Vs JDT 30.4.2016 Piala FA Separuh Akhir 2
No comments:
Post a Comment